Osmanthus Fancy Golden Congou

 

ORGAN RESPIRASI

BRONKUS

  • Trakea berakhir dengan bercabang kepada bronkus primer kanan dan kiri pada aras tulang vertebra toraks ke-5.
  • Cabang kanan menghala ke paru-paru kanan manakala cabang kiri sebaliknya.
  • Bronkus primer terdiri daripada cecincin rawan yang tidak lengkap dan dilapisi oleh epitelium pserdostartum berselia. 
  • Apabila bronkus primer masuk ke paru-paru, bronkus ini mula bercabang kepada bronkus yang lebih kecil dan dikenali sebagai bronkus sekunder. 
  •  Bronkus sekunder akan terus bercabang kepada cabang-cabang yang lebih kecil, iaitu bronkus tersier  yang membahagi kepada bronkiol. 
  • Bronkiol bercabang pula kepada tiub yang lebih kecil yang dikenali sebagai bronkiol terminal. 
  • Trakea dan pencabangan yang berterusan menyerupai sebatang pokok dengan dahan-dahannya dan selalu dirujuk sebagai pepokok bronkus.